بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وِمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ . وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَمَّا بَعْده:
DI MANA ALLAH?
Terdapat segolongan besar masyarakat Islam yang masih menyerupakan, menyetarakan atau mensekufukan hakikat zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah dengan makhlukNya, sama disedari oleh mereka atau tidak disedari. Antara perbuatan mungkar mereka yang paling jelas untuk dijadikan contoh dalam memperkatakan persoalan ini ialah: “Mereka menyamakan keadaan dan keberadaan (tempat) Allah dengan makhlukNya sehingga meyakini dan mengatakan bahawa Allah berada “di mana-mana” yang meliputi semua benda yang ada”. Inilah jawapan dan pengakuan golongan yang sesat[1] ini apabila ditanyakan kepada mereka: "Di mana Allah?".
Sesungguhnya untuk menjawab pertanyaan dan mengetahui di mana AllahSubhanahu wa-Ta’ala berada, wajib terlebih dahulu mengetahui melalui ilmu yang benar, iaitu mengambil jawapannya dari al-Quran, as-Sunnah, athar sahabat yang sahih yang telah dijelaskan oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah, terutamanya dari mereka yang memahaminya melalui pemahaman manusia yang berada dikurun mufadalah (اَلْمُفَضَّلَةُ) “kurun terbaik” yang terdiri dari para sahabat, tabiin dan tabi'ut at-tabi'in, iaitu mereka yang digelar sebagai para Salaf as-Soleh.
Perlunya kita berpegang hanya dengan penjelasan mereka (para Salaf as-Soleh) dalam setiap persoalan agama kerana merekalah yang paling tahu tentang agama, amat tepat ilmunya dan kebenaran akidah mereka telah diakui oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat dan umat selepas mereka. Apa yang disampaikan oleh mereka memang tidak ada keraguan dan syubahat terutama dalam memahami tentang zat, nama-nama dan sifat-sifat AllahSubhanahu wa-Ta’ala.
Mereka (para Salaf as-Soleh) adalah orang-orang yang paling berilmu dan tahu, mereka dilahirkan di kurun yang terbaik, mereka hidup di zaman wahyu, mengetahui bila, di mana dan mengapa wahyu itu turun, mereka telah dididik oleh Nabi dengan al-Quran dan mengambil agama sebagai petunjuk secara terus menerus dari baginda. Yang jelas, mereka adalah manusia-manusia yang paling mulia sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ.
"Sebaik-baik (semulia-mulia) manusia ialah yang di dalam kurunku, kemudian yang sesudahnya (Tabi'in) dan kemudian yang sesudah mereka (tabi'ut at-tabi'in)".[2]
Adapun golongan yang sesat dan kesasaran, sering memutar-belitkan hujjah dan kenyataan tentang "Di mana Allah?" melalui ayat-ayat al-Quran yang disalah tafsirkan oleh mereka, atau ditafsirkan melalui rakyi (fikiran), hawa nafsu atau akal mereka semata. Akibatnya penafsiran mereka banyak yang menyalahi dan bertentangan dengan kaedah penafsiran Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berlandaskan manhaj Salaf as-Soleh.
Antara ayat yang dijadikan hujjah dan disalah-gunakan (disalah tafsir) oleh mereka yang sesat tentang memahami dan menjelaskan "Di mana Allah?" dapat dibuktikan melalui contoh dari beberapa ayat-ayat al-Quran dan penghuraiannya. Antara ayat-ayat tersebut ialah:
Ayat Pertama:
اَلَمْ تَرَى اَنَّ اللهَ يَعْلَمُ مَا فِى السَّـمَاوَاتِ وَمَا فِى اْلاَرْضِ ، مَايَكُوْنُ مِنْ نَّجْوَى ثَلاَثَةٍ اِلاَّ هُوَ رَابِعُهُمْ وَلاَ خَمْسَةٍ اِلاَّ هُوَ سَادِسُهُمْ وَلاَ اَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلاَ اَكْثَرَ اِلاَّ هُوَ مَعَهُمْ اَيْنَ مَاكَانُوْا ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا عَمِلُوْا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اِنَّ اللهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ.
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di langit dan apa yang ada di bumi. Tiada perkataan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempat. Dan tiada (perkataan antara) lima orang melainkan Dialah yang keenam. Dan tiada (pula) perkataan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau yang lebih banyak melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".
Al-Mujadalah, 58:7
Penjelasan Ayat Pertama:
Jika dikaji, diperhatikan dan difahami penafsiran dari keseluruhan ayat di atas ini, iaitu dari awalnya sehinggalah ke akhir ayat, adalah jelas bahawa ia dimulakan dengan memperkatakan tentang "Pengetahuan Allah atau ilmuNya"iaitu firman Allah: "Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi". Ayat ini dimulakan dengan pengkhabaran bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala Mengetahui (ilmu Allah Maha Mengetahui) apa yang di langit dan apa yang di bumi. Dia Mengetahui bisikan dua orang yang berbisik-bisik atau yang lebih dari dua orang.
Kemudian dengan jelas ayat di atas ini diakhiri dengan perkataan (kalimah) tentang ilmu atau pengetahuan Allah ‘Azza wa-Jalla, iaitu firmanNya: "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". Ini membuktikan Allah sentiasa bersama kita ilmuNya, bukan zatNya.[3]
Imam Ahmad rahimahullah telah menerangkan tentang maksud ayat ini:
اِفْتَتَحَ اْلاَيَة بِالعِلْمِ وَاخْتَتَمَهَا بِالْعِلْمِ.
"Dimulakan ayat ini dengan memperkatakan ilmu dan diakhiri juga dengan memperkatakan ilmu".[4]
Menurut penjelasan Imam Ahmad rahimahullah bahawa yang dimaksudkan Allah bersama hambaNya ialah yang bersama hambaNya itu"ilmuNya bukan zatNya", jawapan Imam Ahmad ini bukanlah suatu yang bid'ah atau sesuatu yang diada-adakan kerana Imam Ahmad paling menentang perkara yang dianggap bid’ah, sebaliknya inilah penafsiran para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan pemahaman para ulama Salaf as-Soleh. Sebagaimana yang ditafsirkan juga oleh Ibn Jarir dari Ad-Dahak dalam tafsirnya tentang ayat ini bahawa beliau menjelaskan:
"Dia (Allah) di atas 'ArasyNya dan yang bersama dengan mereka (manusia) ialah ilmuNya”.
Dan seterusnya beliau menjelaskan:
“Bahawasanya Dia (Allah) menyaksikan mereka dengan ilmuNya dan Dia (Allah) di atas 'ArasyNya".[5]
Imam Ibn Kathir rahimahullah pula dengan tegas menjelaskan tentang ayat ini di dalam tafsirnya:
وَلِهَذَا حَكَى غَيْرُ وَاحِدِ اْلاِجْمَاعِ عَلَى اَنَّ الْمُرَادَ بِهَذِهِ اْلاَيَةِ مَعِيَّةُ عِلْمهُ تَعَالَى.
"Oleh kerana yang demikian, telah menceritakan bukan seorang malah secara ijmak atas kesepakatan mereka bahawa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah Allah bersama seseorang ilmuNya".[6]
Seterusnya Imam Ibn Kathir rahimahullah menjelaskan lagi:
لاَ يَغِيْبُ عَنْهُ مِنْ اُمُوْرِهِمْ شَـيْء ثُمَّ قَالَ تَعَالَى {ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوْا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اِنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٍ}.
"Tidak tersembunyi dari pengetahuanNya segala apapun perkara (urusan) mereka, oleh kerana itu Allah berfirman: Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".[7]
Ayat Kedua:
Ayat di bawah ini dijadikan hujjah oleh mereka yang ingin membuktikan bahawa Allah Subhanahu wa-Ta’ala berada di mana-mana (tidak bertempat). Malangnya penafsiran dan pemahaman mereka tentang ayat ini tidak berlandaskan pemahaman Salaf as-Soleh. Oleh yang demikian ia perlu dihurai dan ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh syara. Firman Allah:
وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَمَا كُنْتُمْ.
"Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana sahaja kamu berada".
Al-Hadid, 57:4.
Penjelasan Ayat Kedua:
Yang dimaksudkan: "Dia bersama kamu" pada ayat di atas bukanlah bersama hingga bersatu dengan mereka (makhluk) pada keadaan, zat atau tempatnya sebagaimana yang difahami oleh golongan sufi yang berakidah wahdatul wujud (وحدة الوجود). Tetapi dalam istilah dan penafsiran yang tepat dan benar yang dikehendaki oleh Alhi Sunnah wal-Jamaah ialah:
“Allah bersatu dengan mereka KudratNya, pendengaranNya, pentadbiranNya, kerajaanNya atau dengan makna kerububiyahanNya, sedangkan Dia di atas ArasyNya dan di atas segala makhluk-makhlukNya”.[8]
Sufiyan At-Thauri rahimahullah telah menafsirkan ayat di atas dengan hadith riwayat Imam Bukhari:
بِاَنَّ ذَلِكَ عِلْمُهُ كَمَا رُوِيَ ذَلِكَ عَنْهُ الْبُخَارِي.
"Sesungguhnya (apa yang dimaksudkan oleh) ayat tersebut ialah (yang bersama kita) IlmuNya sebagaimana yang telah diriwayatkan (tentang ayat tersebut) dari Bukhari".[9]
وَقَالَ الذَّهَبِى : رُوِيَ غَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ معْدَانٍ قَالَ : سَاَلْتُ سُفْيَانَ الثَّوْرِى عَنْ قَوْلِهِ تَعَالَى : (وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَمَا كُنْتُمْ) قَالَ : بِعِلْمِهِ.
"Berkata az-Zahabi: Telah diriwayatkan bukan sahaja hanya dari seorang, dari Ma'dan berkata: Aku telah bertanya kepada Sufiyan at-Thauri tentang firman Allah (Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada) beliau berkata: (Yang bersama ialah) IlmuNya".[10]
Berkata Ibn Jarir rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini di dalam kitab tafsirnya:
"Dia (Allah) melihat kamu wahai manusia! Di mana sahaja kamu berada, Dia mengetahui (apa sahaja) tentang kamu dan mengetahui segala amal kamu......, Dan Dia di atas 'ArasyNya dan 'ArasyNya di atas langit yang ke tujuh".[11]
Berkata Abu Al-Qasim Al-Asfahani rahimahullah:
"Maka jika sekiranya mereka mempersoalkan kamu tentang penta'wilan ayat (dan Dia bersama kamu di mana kamu berada) dan kamu menafsirkan (maksud ayat tersebut yang bersama ialah) IlmuNya? Kami katakan: Kami tidak menta'wilkan kerana sesungguhnya ayat tersebut menunjukkan bahawa yangdimaksudkan yang bersama ialah ilmuNya kerana Dia berfirman di akhir ayat tersebut (Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di atas segala sesuatu)".[12]
Telah berkata Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya tentang ayat ini:
"Dia (Allah) mengawasi kamu, memerhatikan segala perbuatan kamu di mana sahaja kamu berada sama ada di daratan atau di lautan, dimalam hari atau disiangnya, di dalam rumah-rumah kamu atau di luar rumah. Maka segala-galanya itu dalam pengetahuanNya (ilmuNya) tanpa terkecuali. Segala-galanya adalah di bawah penglihatanNya, pendengaranNya, maka Dia mendengar percakapan kamu, melihat kedudukan kamu, mengetahui semua rahsia-rahsia kamu dan bisikan kamu kerana Dia telah berfirman:
اَلاَ اِنَّهُمْ يَثْنُوْنَ صُدُوْرَهُمْ لِيَسْتَخْفُوْا مِنْهُ اَلاَ حِيْنَ يَسْتَغْشُوْنَ ثِيَابَهُمْ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّوْنَ وَمَا يُعْلِنُوْنَ اِنَّهُ عَلِيْمٌ بِذَاتِ الصُّدُوْرِ.
"Ingatlah! Sesungguhnya (orang munafik itu) memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya (Muhammad). Ingatlah! Di waktu mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka lahirkan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati".[13]
Seterusnya Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman:
سَـوَاءٌ مِّنْكُمْ مَّنْ اَسَـرَّ الْقَوْلَ وَمَنْ جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْـتَخْفِ بِالَّيْلِ وَسَارِبُ بِالنَّهَارِ.
"Sama sahaja (bagi Tuhan) siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa yang berterus-terang dengan ucapannya itu, dan siapa yang bersembunyi dimalam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) disiang hari".[14]
Seterusnya Imam Ibn Kathir menjelaskan:
"Tiada Ilah (yang wajib diibadahi) selain Dia, tiada Tuhan (Pencipta) selain Dia dan telah thabit (jelas) di dalam hadith yang sahih bahawa Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda kepada Jibril semasa ditanya tentang ihsan, baginda bersabda: Hendaklah kamu menyembahNya (Allah) seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu".[15] (Bersama dan melihat tidaklah serupa kerana tidak semestinya melihat itu bersama pada zatNya).
Berkata Abu Hayyan Al-Andelusi, At-Thauri dan juga Al-Qurtubi:
وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْ بِالْعِلْمِ وَالقَدْرِ
"Dia (Allah) bersama kamu, iaitu yang bersama (kamu ialah) ilmuNya dan kudrahNya".[16]
Semua keterangan di atas dapat menjelaskan bahawa "Allah Maha Mengetahui" apa sahaja yang dilakukan oleh makhlukNya dan apa yang tersemat di hatinya kerana ilmu Allah bersamanya, begitu juga kudrat (kekuasaan) Allah amat luas yang menguasai segala ciptaanNya.
وَقَالَ الاَلُوْسِـىْ : وَاْلاَيَةُ تَمْثِيْلٌ لإِحَاطَةِ عِلْمُ اللهِ بِهِمْ وَتَصْـوِيْرٌ لِعَدَمِ خُرُوْجِهِمْ عَنْهُ اَيْنَمَا كَانُوْا.
“Berkata Al-Alusi: Semua ayat (yang memperkatakan persoalan di mana Allah, pent.) sebagai pembuktian bahawa ilmu Allah meliputi mereka dan menggambarkan bahawa tidak terlepasnya mereka dari ilmu Allah walaupun di mana mereka berada".[17]
قَالَ الْقَاسِمِي : وَقَدْ بَسَطَ اْلإِمَامُ اَحْمَدُ الْكَلاَمَ عَلَى الْمَعِيَّةِ فِى الرَّدِّ عَلَى الْجَهْمِيَّةِ : وَلَفْظُ الْمَعِيَّةِ فِى كِتَابِ اللهِ جَاءَ عَامًا كَمَا فِى هَاتَيْنِ اْلآيَتَيْنِ - اَلْحَدَيْدِ وَالْمُجَادَلَةِ - وَجَاءَ خَاصًافِى قَوْلِهِ تَعَالَى : (اِنَّ اللهَ مَعَ الَّذِيْنَ اتَّقُوْا وَالَّذِيْنَ هُمْ مُحْـسِـنُوْنَ) وَقَوْلُهِ : (اِنَّنِيْ مَعَكُمَا اَسْـمَعُ وَاَرَى) وَقَوْلِهِ : (لاَتَحْزَنْ اِنَّ اللهَ مَعَنَا) فَلَوْكَانَ الْمُرَادُ بِذَاتِهِ مَعَ كُلِّ شَيْءٍ لَكَانَ التَّعْمِيْمِ يُنَاقِضُ التَّخْـصِـيْص فَاِنَّهُ قَدْ عَلِمَ اَنَّ قَوْلَهُ : (لاَ تَحْـزَنْ اِنَّ اللهَ مَعَنَا) اَرَادَ بِهِ تَخْصِيْصهُ وَاَبَا بَكْرٍ دُوْنَ عَدُوِّهِمْ مِنَ الْكُفَارِ.
"Telah Berkata Al-Qasimi: Imam Ahmad telah membentangkan bantahannya terhadap Jahmiyah tentang kepercayaan (مُعِيَّة) (Allah berada di mana-mana/bersama/berserta makhluk). Dan (Berkata Imam Ahmad): Lafaz ma'iyah(مَعِيَّةٌ) di dalam kitab Allah didatangkan secara am sebagaimana di dua potong ayat ini -al-Hadid dan al-Mujadalah - dan ada kalanya didatangkan secara khas sebagaimana firman Allah: (Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan mereka-mereka yang berbuat kebaikan). FirmanNya lagi: (Sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, mendengar dan melihat). FirmanNya lagi: (Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita). Jika sekiranya yang dimaksudkan di ayat ini bahawa zatnya berserta/bersama setiap sesuatu, tentulah jika dimaksudkan secara umum (bersama makhlukNya) ia bertentangan dengan yang khusus, sesungguhnya telah diketahui bahawa firman Allah (Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita) jika dikehendaki (oleh Jahmiyyah) secara umum (Allah berserta makhlukNya ini tentulah di samping) bersama Rasulullah juga termasuklah Allah bersama musuh Rasulullah sedangkan Abu Bakar tidak terhitung musuh dari kalangan kuffar (musuh). Begitu juga firman Allah (Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan mereka yang berbuat baik) ayat ini khusus tidak termasuk orang-orang yang zalim dan pelaku maksiat".[18]
قَالَ اْلإِمَامُ اَحْمَدُ رَحِمَهُ الله : فَلَفْظُ الْمَعِيَّةِ لَيْسَتْ فِى لُغَةِ الْعَرَبِ وَلاَ شَيْء مِنَ الْقُرْآنِ اَنْ يُرَادَ بِهَا اِخْطِلاَط اِحْدَى الذَّاتَيْنِ بِاْلاُخْرَى كَمَا فِى قَوْلِهِ تَعَالَى : (مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ وَالَّذِيْنَ مَعَهُ) وَفِىقَوْلِهِ : (فَاُوْلَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِيْنَ) وَقَوْلِهِ (اِتَّقُوْا اللهَ وَكُوْنُوْا مَعَ الصَّادِقِيْنَ) وَفِى قَوْلِهِ : (وَجَاهِدُوْا مَعَكُمْ) وَمِثْلُ هَذَا كَثِيْرٌ فَامْتَنَعَ اَنْ يَكُوْنَ قَوْلُهُ (وَهُوَ مَعَكُمْ) يَدُلُّ عَلَى اَنَّ ذَاتَهُ مُخْتَلِطَةٌ بِذَوَاتِ الْخَلْقِ.
"Maka lafaz (مَعِيَّةٌ) (Yang bermaksud bersama) yang terdapat dalam Bahasa Arab dan juga di dalam al-Quran tidak pernah diertikan lafaz tersebut (bersama atau berserta) kepada pengertian: "Bercampur/bersatunya dua zat (yang berlainan) antara satu dengan yang lain. Contohnya firman Allah: }Muhammad itu utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya{. FirmanNya: }Maka mereka itu bersama orang-orang yang beriman{. Dam firmanNya: }Bertakwalah kamu sekalian kepada Allah dan bersamalah dengan orang-orang yang siddiqin{. Ayat seperti yang dicontohkan ini amat banyak. Ayat ini dapat menghalang dari memaksudkan firman Allah (Dia bersama kamu) yang menunjukkan bahawa ZatNya meliputi sekalian zat-zat makhlukNya".[19]
Berkata Al-Qasimi rahimahullah:
"Telah menjadi kebiasaan ucapan termasuk dalam tajuk yang lain yang jelas bahawa lafaz (مَعِيَّةٌ) "bersama/berserta" dalam bahasa (Arab) sekalipun menunjukkan berkumpul, berserta dan bersama, maka ia jika dilibatkan dengan para hamba (maka ia tetap) tidak dinafikan bahawa ia menunjukkan ketinggian 'ArasyNya. Maka kesimpulan lafaz ma'iyah (bersama/berserta) dalam segala tempat mengikut perkiraanNya, berserta semua makhluk IlmuNya, KudratNya serta KekuasaanNya dan dikhususkan sebahagian mereka dengan pertolongan, kemenangan dan bantuanNya".[20]
Berkata Imam Syamsuddin az-Zahabi rahimahullah salah seorang dari ulama besar mazhab Syafie:
“Sesiapa mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”. (Lihat: مختصرالعلو للعلي الغفار oleh al-Hafiz Syamsuddin az-Zahabi. Hlm. 137).
Semua nas-nas di atas jelas menunjukkan bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersama dengan sesiapa sahaja, tetapi yang bersama adalah ilmuNya bukan zatNya kerana Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya yang berada di langit. Inilah keyakinan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.
Ayat Ketiga:
Ayat di bawah ini termasuk ayat yang dijadikan hujjah oleh mereka yang mendakwa bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla berada di mana-mana. Pada hal jika mereka mengembalikan maksud dan tafsiran ayat ini ternyata pendapat mereka sangat bertentangan dengan penafsiran golongan muffasir (ulama tafsir) Ahli Sunnah wal-Jamaah. Allah berfirman:
وَهُوَ اللهُ فِى السَّمَوَاتِ وَفِى اْلاَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَاتَكْسِبُوْنَ.
"Dan Dialah Allah (Yang disembah), baik di langit atau di bumi, Dia mengetahui apa yang kamu lahirkan dan mengetahui apa yang kamu usahakan".
Al-An'am, 6:3.
Penjelasan Ayat Ketiga:
Berkata al-Ajiri rahimahullah tentang ayat di atas dalam membantah fahaman Jahmiyah, para pengikutnya dan golongan yang sefahaman dengan mereka:
وَمِمَّا يَلْبِسُوْنَ بِهِ عَلَى مَنْ لاَ عِلْم مَعَهُ قَوْلُهُ تَعَالَى (وَذَكَرَ اْلاَيَةُ السَّابِقَةُ) قَالَ : وَهَذَا كُلُّهُ اِنَّمَا يَطْلُبُوْنَ بِهِ الْفِتْنَةُ وَهُوَعِنْدَاَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ اَهْلِ الْحَقِّ (وَهُوَاللهُ فِى السَّمَوَاتِ وَفِى اْلاَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُوْنَ) هُوَ كَمَا قَالَ اَهْلُ الْحَقِّ : يَعْلَمُ سِرَّكُمْ مِمَّا جَاءَتْ بِهِ السُّنَنُ اَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى عَرْشِـهِ وَعِلْمُهُ مُحِيْطٌ بِجَمِيْعِ خَلْقِهِ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّوْنَ وَمَاتُعْلِنُوْنَ يَعْلَمُ الْجَهْرَ مِنْ الْقَوْلِ وَيَعْلَمُ مَاتَكْتُمُوْنَ.
"Dan apa yang meyelubungi bagi mereka yang tidak berilmu tentang firman Allah (yang menjelaskan ayat yang lalu) lalu berkata: Dan ini pada keseluruhannya sesungguhnya memerlukan penjelasan dari ahli ilmu dan ahli hak, yang mana pada hakikatnya (Dialah Allah Yang disembah), baik oleh mereka yang berada di langit ataupun di bumi, Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan) iaitu sebagaimana yang dikatakan oleh ahli kebenaran: Dialah (Allah) Yang Mengetahui rahsia kamu sebagaimana yang didatangkan beritanya oleh sunnah-sunnah (hadith-hadith) bahawasanya Allah 'Azza wa-Jalla di atas 'ArasyNya dan IlmuNya meliputi seluruh makhlukNya, Dia Mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan, Mengetahui perkataan yang terang dan Mengetahui apa yang tersembunyi".[21]
Terdapat beberapa ayat yang menyerupai (maksud) ayat di atas. Antaranya ialah firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:
وَهُوَ الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ اِلَهٌ وَفِى اْلاَرْضِ اِلَهٌ.
"Dan Dialah Tuhan (Yang disembah) di langit dan Tuhan (Yang disembah) di bumi". Az-Zukhruf, 43:84.
Sebagaiamana yang telah dimaklumi bahawa pengertian Ilah ialah:"Tuhan yang berhak disembah/diibadahi" iaitu Tuhan Yang Esa yang di langit yang disembah oleh makhluk yang di langit sebagaimana Dia juga Tuhan Yang Maha Esa yang disembah oleh makhluk yang di bumi".[22] Nas-nas al-Quran atau hadith-hadith sahih yang menjelaskan bahawa Allah di langit dan "Allah bersemayam di atas 'ArasyNya" telah diulang berkali-kali di dalam al-Quran sehinga disebut ditujuh tempat. Antara ayat-ayat tersebut ialah:
اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.
"Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya". Taha, 20:5.
اِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّـمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثَمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.
"Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy".
Al-A'raaf, 7:54.
اِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّـمَوَاتِ وَاْلاَرْضَ فِى سِـتَّةِ اَيَّامٍ ثَمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.
"Sesungguhnya Tuhanmu itu adalah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (masa) kemudian Ia bersemayan di atas 'Arasy".
Yunus, 10:3.
ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.
"Kemudian Dia (Allah) bersemayam di atas 'Arasy".
Al-Furqan, 25:59.
اَللهُ الَّذِيْ رَفَعَ السَّمَوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.
"Allah adalah Zat yang mengangkat langit tanpa tiang yang kamu lihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy". Ar-Ra'd, 13:2.
اَللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ دُوْنِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ شَفِيْعٍ اَفَلاَ تَتَذَكَّرُوْنَ.
"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy. Tidak ada bagi kamu selain daripadaNya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak berfikir?".
As-Sajadah, 32:4.
هُوَ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالاَرْضَ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.
"Dialah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari (masa) kemudian Dia bersemayan di atas Arasy". Al-Hadid, 57:4.
Ayat-ayat yang menjelaskan bahawa Allah di langit, dan sebagai hujjah untuk membatalkan pendapat golongan yang mendakwa bahawa Allah di mana-mana (tidak bertempat) antaranya ialah firman Allah:
ءَ اَمِنْتُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ اَنْ يَخْسِفَ بِكُمْ اْلاَرْضَ.
"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menyungkir-balikkan bumi bersama kamu". Al-Mulk, 67:16.
اِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَالِحُ يَرْفَعُهُ.
"KepadaNya (Allah yang di langit) naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh dinaikkanNya". Fathir, 35:10.
بَلْ رَفَعَهُ اِلَيْهِ وَكَانَ اللهُ عَزِيْزًا حَكِيْمًا.
"Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepadaNya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". An-Nisa', 4:158.
يَاعِيْسَى اِنِّيْ مُتَوَفِّيْكَ وَرَافِعُكَ اِلَيَّ.
"Hai Isa! Sesungguhnya Aku akan mematikan engkau dan mengangkatmu kepadaKu". Ali Imran, 3:55.
يَخَافُوْنَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ.
"Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka (di langit) dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)". An-Nahl, 16:50.
Sesungguhnya Ibn Abbas, ad-Dahhak, Malik, Sufiyan ath-Thauri dan ramai lagi dari kalangan ulama salaf muktabar berkata:
"Dia (Allah) bersama kamu: Iaitu yang bersama kamu ialah ilmuNya"
Sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam kitab-kitab Allah terutamanya al-Quran dan berita yang telah mutawatir di sunnah RasulNya sallahu 'alaihi wa-sallam serta ijmak para ulama Salaf as-Soleh bahawa Allah Ta'ala di langit dan Dia bersemayam di atas 'ArasyNya.[23] Maka sesiapa yang tidak menerima dan menolak berita ini, dia adalah seorang yang kufur terhadap wahyu Allah kerana berita penerangan yang menjelaskan bahawa Allah di langit dan bersemayam di atas ArasyNya merupakan wahyu dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Benarkah Allah Tidak Bertempat?
Manusia telah dicipta oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan. Oleh itu, mereka wajib mengenal dan mengetahui di mana Allah. Pengetahuan ini akan membuat seseorang itu menghadapkan dirinya, hatinya, doanya, sembahyangnya dan seluruh ibadahnya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan sebenar-benarnya.
Orang-orang yang tidak tahu di mana Tuhan mereka berada akan tersesat atau kesasaran kerana mereka tidak tahu ke mana sewajarnya mereka menghadapkan segala permohonan, penyerahan atau penumpuan ibadahnya.
Terdapat banyak keterangan yang berpandukan kepada khabar dari langit yang dipersetujui oleh para ulama Salaf as-Soleh tanpa khilaf bahawa wahyu itu turun dari langit, ini menunjukkan bahawa yang pemberi wahyu itu (Allah)"bertempat", iaitu Dia berada di langit dan bersemayam di atas 'ArasyNya.
Selain dari ayat-ayat al-Quran di atas yang telah menjelaskan hakikat sebenarnya di mana Allah, maka dalam hadith-hadith sahih terdapat banyak keterangan yang menunjukkan bahawa Allah itu di langit. Sebahagian besar ahli bid'ah, oleh kerana tidak mempunyai ilmu dan kononnya tidak mahu menserupakan Allah dengan makhlukNya lantaran kejahilan mereka, lantas memutuskan dengan akal fikiran dan hawa nafsunya bahawa Allah tidak bertempat, kerana menurut mereka kalaulah Allah bertempat pasti Ia berjisim dan menurut tafsiran mereka berjisim adalah sifat makhluk atau menyerupai makhluk.
Semua pendapat atau kepercayaan yang sebegini adalah mungkar, batil dan menyeleweng, ia jelas amat bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith yang sahih yang menjelaskan bahawa Allah itu di langit. Antara hadith-hadith yang dimaksudkan ialah:
قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَبُّنَا الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ ، اَمْرُكَ فِى السَّمَاءِ وَالاَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِى السَّمَاءِ اِجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِى اْلاَرْضِ اِغْفِرْلَنَا حُوْبَنَا وَخَطَايَانَا اَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِيْنَ اَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَاءِ كَ عَلَى الْوَجَعِ.
"Ya Tuhan kami! Tuhan yang di langit, Engkau mensucikan namaMu (juga) urusanMu yang di langit dan di bumi. Sebagaimana halnya rahmatMu di langit itu, maka jadikanlah pula rahmatMu itu di bumi. Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami. Turunkanlah suatu rahmat dari antara rahmatMu dan suatu kesembuhan dari kesembuhan yang datang dariMu atas penyakit ini, hingga benar-benar sembuh".[24]
عَنِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلْعَرْشُ فَوْقَ الْمَاءِ وَاللهُ فَوْقَ الْعَرْشِ لاَ يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ اَعْمَالِكُمْ . وَفِى الرِّوَايَةِ : وَهُوَ يَعْلَمُ مَا اَنْتُمْ عَلَيْهِ.
"Dari Ibn Mas'oud radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: 'Arasy itu berada di atas air dan Allah berada di atas 'Arasy. Tidak satupun dari amal kamu yang tersembunyi dari pengetahuanNya. Dan pada riwayat yang lain: Dia Mengetahui apa yang kamu kerjakan".[25]
اَلاَ تَامِنُوْنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ.
"Tidakkah kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku di percayai oleh Yang di langit (Allah yang di langit)".[26]
Pengertian ayat (فِى السَّمَآءِ) "Di langit" pada ayat ini ialah (عَلَى السَّمَآءِ) "Di atas langit" bukan meliputi semua langit sebagaimana yang dapat difahami penjelasannya dari hadith Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
اِنَّ اللهَ كَتَبَ كِتَابًا فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ.
"Sesungguhnya Allah Menulis segala ketentuan yang berada di sisiNya di atas 'Arasy".[27]
Hadith di atas menjelaskan bahawa Allah berada di atas ‘ArasyNya bukan meliputi Arasy atau langit. Hadith ini semaksud malah diperkuat oleh firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:
اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.
"Iaitu Tuhan Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arasy".
Taha, 20:5.
Ayat di atas ini dengan terang menjelaskan bahawa Allah di atas ‘Arasy bukan meliputi ‘Arasy atau meliputi seluruh langit.
Di ayat yang lain Allah berfirman:
ثُمَّ اسْتَوَى اِلَى السَّمَآءِ.
"Dan Dia berkehendak menuju langit". Al-Baqarah, 2:29.
Ayat ini jelas menerangkan bahawa Allah menuju langit dan Dia berada di atas langit yang menunjukkan keTinggianNya. Menurut al-Baghawi rahimahullahdalam tafsirnya yang dinukil dari qaul Ibn Abbas radiallahu ‘anhuma dan ramai lagi para mufassir salaf, bahawa apabila memperkatakan tentang perkara tersebut (di mana Allah) mereka hanya berpegang pada lahir lafaz "Istawa" (استوى)“bersemayan di atas ‘Arasy dan ArasyNya di langit” iaitu menyerahkan kepada ilmu Allah bagaimananya keTinggian Allah 'Azza wa-Jalla yang sebenarnya.[28]
Perlu diketahui bahawa Allah mempunyai zat, perkataan yang seerti dengan kalimah “Zat” ialah “Jisim”. Namun, zat atau jisim Allah Yang Maha Esa, Maha Agung, Maha Sempurna dan paling Kamil tidak menyerupai zat atau jisim makhlukNya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah menegaskan dengan firmanNya:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
“Tiada sesuatu yang menyerupaiNya”.
وَلَمْ يَكُنْ لَه كُفُوًا اَحَدٌ
“Dan tidak ada seseorangpun yang setara denganNya”. Al-Ikhlas, 112:4.
Allah Bersemayam Di Atas 'ArasyNya
Pentakwilan (penafsiran) mengikut akal atau hawa nafsu terhadap sifat-sifat Allah yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullahsallallahu 'alaihi wa-sallam, merupakan sebahagian dari punca kekeliruan dan kesilapan yang boleh membawa kepada kesesatan atau syirik. Misalnya, mentakwil kalimah istiwa kepada istaula (menguasai) akan membawa kepada mengingkari satu sifat dari sifat-sifat Allah yang tinggi dan luhur.
Jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh tiada berkhilaf (berselisih pendapat) tentang mengkufurkan sesiapa yang mengingkari bahawa Allah beristiwa (bersemayam) di atas 'ArasyNya. Seseorang yang mengingkari istiwa bermakna dia telah kufur kerana dia telah mengingkari isi ayat (al-Quran) di atas dan beberapa hadith yang sahih.
Dengan berpandukan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith sahih, para ulama Salaf as-Soleh telah berijmak (sepakat) memutuskan telah"sesat/kufur" bagi sesiapa yang menafikan bahawa Allah bersemayam di atas 'ArasyNya, atau yang menukar makna bersemayam kepada makna yang lain seperti istiwa kepada istiaula.
Pada sebuah athar sahih yang warid dari sahabat dan tabi'in iaitu ucapan Ummi Salamah radiahlahu 'anha dalam menjelaskan firman Allah:
اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.
"Allah bersemayam di atas 'ArasyNya",
Beliau (Ummi Salamah radiallahu 'anha) berkata:
"Al-Istiwa (bersemayam) itu tidak majhul (maklum/diketahui), caranya pula tidak diketahui (majhul) namun berikrar (berpegang) dengannya adalah keimanan dan menentangnya (tidak percaya bahawa Allah bersemayam) adalah kufur".[29]
Semasa Imam Malik rahimahullah ditanya tentang maksud ayat:
اَلرَّحْمَنٌ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
“Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘Arasy.”
Beliau menjawab:
اَلاِسْتِوَاءُ مَعْلُوْمٌ وَالْكَيْفُ مَجْهُوْلٌ وَالاِيْمَانُ بِه وَاجِبٌ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ.
"Al-Istiwa adalah sesuatu yang telah dimaklumi, (mempertanyakan) bagaimana (bentuk, rupa dan keadaannya) adalah mempertanyakan sesuatu yang majhul (tidak diketahui), mengimani perkara tersebut adalah wajib dan mempersoalkannya adalah merupakan suatu yang bid'ah".[30]
Istiwanya Allah di atas 'ArasyNya menunjukkan ketinggianNya atas segala makhluk dan Dia sentiasa berada dalam ketinggian. Terdapat banyak dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith sahih yang menunjukkan tentang ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala antaranya:
وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضَ وَلاَ يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمِ
"Dan Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha Agung"
Al-Baqarah, 2:255.
سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلاَعْلَى.
"Sucikanlah nama Rabbmu (Tuhanmu) Yang Paling Tinggi". Al-A'la, 87:1.
اِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيْرًا.
"Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Maha Besar". An-Nisa, 4:34.
ذَلِكَ بِاَنَّ اللهَ هُوَ الْحَقُّ وَاَنَّ مَا يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِهِ هُوَالْبَاطِلُ وَاَنَّ اللهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ.
"(Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Rabb) yang Hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil. Dan sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". Al-Haj, 22:62.
عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيْرُ الْمُتَعَالِ.
"Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang nyata (yang nampak atau yang lahir), Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi". Ar-Ra'ad, 13:9.
حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوْا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ.
"Sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: Apakah yang telah difirmankan oleh Rabbmu, mereka menjawab: (Perkataan) yang hak (benar). Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". Saba', 34:23.
اِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيْمٌ.
"Sesungguhnya Dia (Allah Subhanahu wa-Ta'ala) Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana". Asy-Syura, 42:51.
Terdapat banyak hadith-hadith sahih yang menjelaskan tentang ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Antaranya ialah:
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ اَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِذَا قَضَى اللهُ اْلاَمْرَ فِى السَّمَآءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِاَجْنِهَتِهَا خَضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَاَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ يُنْقِذُهُمْ ذَلَكَ حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا : مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ ؟ قَالُوْا الْحَقُّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ.
"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Apabila Allah menetapkan perintah di atas langit para malaikat memukul sayap-sayapnya kerana patuh akan firmanNya seakan-akan terdengar seperti gemerincing rantai (yang ditarik) di atas batu rata, hal itu menakutkan mereka (sehingga mereka jatuh pengsan kerana takut). Ketika dihilangkan rasa takut dari hati mereka, mereka berkata: Apakah yang difirmankan oleh Tuhanmu). Mereka menjawab: Firman Al-Hak yang benar dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar".[31]
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِتَّقُوْا دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ فَاِنَّهَا تَصْعَدُ اِلَى اللهِ كَاَنَّهَا شِرَارَةٌ . وَفِى لَفْظٍ اِلَى السَّمَآءِ.
"Dari Abdullah bin Umar radiallahu 'anhuma berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Hati-hatilah kamu dari doa orang yang teranaiya (dizalimi atau diperlakukan secara tidak adil) kerana sesungguhnya doa mereka naik kepada Allah seperti bunga api. Pada lafaz yang lain, naik ke langit".[32]
عَنْ جَـابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِى خُطْبَتِهِ يَوْمَ عَرَفَةَ : اَلاَ هَلْ بَلَّغْتُ ؟ فَقَالُوْا : نَعَمْ . فَجَعَلَ يَرْفَعُ اِلَى السَّـمَاءِ وَيَنْكُتُهَا اِلَيْهِمْ وَيَقُوْلُ : اَللَّهُمَّ اشْهَدْ.
"Dari Jabir bin Abdullah radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda semasa berkhutbah di hari 'Arafah: Apakah aku sudah sampaikan (risalahku)? Para sahabat menjawab: Ya! Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mengisyaratkan jari telunjuknya ke langit lalu bersabda: Ya Allah saksikanlah".[33]
Di hadith yang lain, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah mengisyaratkan bahawa Allah Azza wa-Jalla di langit:
عَنِ بْنِ سَـعِيْدِ الْخُـدْرِيِّ اَنَّ رَسُـوْلَ اللهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ قَالَ : اَلاَ تَاْمَنُوْنَنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ يَاْتِنِيْ خَبَرٌ مِنَ السَّمَآءِ صَبَاحٌ وَمَسَاءٌ.
"Dari Sa'ed al-Khudri sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda: Tidakkah kamu mempercayai aku sedangkan aku yang dipercayai oleh ( Zat) Yang berada di atas langit Yang menurunkan khabar (wahyu) pada waktu pagi dan petang?".[34]
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلرَّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ اِرْحَمُوْا مَنْ فِى اْلاَرْضِ يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ.
"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Orang-orang yang menyayangi akan disayangi oleh Ar-Rahman (Allah). Sayangilah orang yang di bumi, akan disayangi oleh Yang di langit (Allah)".[35]
قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَـلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ : وَالَّـذِيْ نَفْسِـىْ بِيَدِهِ مَا مِنْ رَجُـلٍ يَدْعُـوْ اِمْرَاَتَهُ اِلَى فِرَاشِـهِ فَاَبَى عَلَيْهِ اِلاَّ كَانَ الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا.
"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Demi nyawaku yang di tanganNya, tidaklah seseorang lelaki (suami) yang mengajak isterinya ke tempat tidurnya maka ia (isterinya) enggan mematuhinya kecuali Yang di langit (Allah) akan mengutuknya (memurkainya) sehinggalah ia diredhai oleh suaminya".[36]
اِنَّهُ سَـاعَةٌ تُفْتَحُ فِيْهَا اَبْوَابَ السَّـمَآءِ فَاُحِبُّ اَنْ يَصْعَدَ لِيْ فِيْهَا عَمَلٌ صَالِحٌ.
"Sesungguhnya pada waktu itu dibuka pintu-pintu langit, maka aku suka amal-amal solehku diangkat naik pada saat tersebut".[37]
Nabi Muhammad sallallahu wa-sallam pernah bertanya kepada Amran bin Hussin yang diketika itu beliau belum memeluk Islam:
كَمْ اِلَهًا تَعْبُدُ الْيَوْمَ ؟ قَال : سَبْعَةٌ . سِتَّةٌ فِى اْلاَرْضِ وَوَاحِدٌ فِى السَّمَآءِ . فَقَالَ : فَاِذَا اَصَابَكَ الضَّرَرَ فَمَنْ تَدْعُوْا ؟ قَالَ : اَلَّذِيْ فِى السَّمَاءِ.
"Bertanya Rasulullah (kepada Amran bin Hussin sebelum beliau memeluk Islam): Berapa tuhan yang engkau sembah pada hari ini? Beliau menjawab: Tujuh, enam di bumi dan satu di langit. Baginda bertanya: Diketika engkau ditimpa bahaya maka tuhan yang mana yang engkau seru? Beliau menjawab: Tuhan yang di langit".[38]
Isteri Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam yang bernama Zainab berbangga kerana dia dinikahkan oleh Allah yang di atas langit yang ketujuh sebagaimana pengakuannya:
زَوَّجَكُنَّ اَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِيَ اللهُ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ.
"Kamu dikahwinkan oleh ahli-ahli kamu dan aku dikahwinkan oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh".[39]
Semasa kewafatan 'Aisyah radiallahu 'anha, Ibn Abbas radiallahu anhuberkata kepadanya:
كُنْتُ اُحِبُّ نِسَـاءَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ وَلَمْ يَكُنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ اِلاَّطَيِّبًا وَاَنْزَلَ اللهُ بَرَاءَ تكِ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ.
"Aku sentiasa mencintai para isteri Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam sebagaimana mencintai Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam dan tidak pernah Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam mencintai sesuatu kecuali kerana kebaikannya dan Allah telah membersihkan engkau dari atas langit yang ketujuh".[40]
قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ : هَذِهِ اِمْرَاَةٌ سَمِعَ اللهُ شَكْوَاهَا مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ هَذِهِ خَوْلَةُ بِنْتُ ثَعْلَبَةُ.
"Berkata 'Umar bin al-Khattab: Inilah wanita yang didengar oleh Allah pengaduannya dari atas langit yang ketujuh, inilah Khaulah binti Thalabah".[41]
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah, Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:
لَمَّا قَضَى اللهُ الْخَلْقَ كَتَبَ كِتَابًا عِنْدَهُ سَبَقَتْ رَحْمَتِيْ غَضَبِيْ فَهُوْ عِنْدَهُ فَوْقَ السَّمَآءِ.
"Setelah Allah mencipta makhluk, ditulis satu kitab di sisiNya (yang mana ditulis): RahmatKu mendahului kemurkaanKu, maka ia di sisiNya di atas 'Arasy".[42]
Semua dalil-dalil yang telah diutarakan di atas, dengan jelas telah menerangkan dan membuktikan kepada sesiapa sahaja yang mahu beriman bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di atas 'ArasyNya. 'ArasyNya pula berada di atas langit yang ketujuh. Sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur ulama Salaf as-Soleh.
Imam Abu Hasan al-Asy'ari rahimahullah juga telah menjelaskan bahawa al-Quran bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit:
"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas 'ArasyNya, mempunyai muka dan al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan ia diturunkan (dari langit)".[43]
Mengingkari keterangan dan penetapan tentang nama-nama, sifat, zat dan perbuatan Allah sebagaimana yang terdapat pada dalil-dalil dari al-Quran, hadith-hadith dan athar yang sahih ini adalah kufur hukumnya. Dalam hal ini, Imam al-Auza'ii dianggap Imam ahli Syam di zamannya, beliau telah menegaskan:
كُنَّا وَالتَّابِعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نُقُوْلُ : اَنَّ اللهَ عَلَىعَرْشِهِ وَنُؤْمِنُوْا بِمَاوَرَدَتْ بِهِ السُّنَةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى.
"Kami dan para Tabi'in sepakat menetapkan dengan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta'ala".[44]
عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ وَهَبٍ قَالَ: كُنْتُ عِنْدَ مَالِكٍ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَقَالَ : يَا اَبَا عَبْدَ الرَّحْمَن " اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى " كَيْفَ اسْتَوَى ؟ فَاَطْرَقَ مَالِكُ فَاَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُمَّ رَفَعَ رَاْسَهُ فَقَالَ : اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىكَمَاوَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ وَلاَ يُقَالُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوْعٌ وَمَا اَرَاكَ اِلاَّ صَاحِبُ بِدْعَة فَاَخْرِجُوْهُ.
"Dari Abdullah bin Wahab berkata: Aku pernah bersama Malik maka masuk seorang lelaki lalu bertanya: Wahai Aba Abdul Rahman! "Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'Arasy", bagaimana Dia bersemayam? Beliau terus mengingkari dan dengan keadaannya yang marah sambil mengangkat kepalanya berkata: Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya sebagaimana yang telah disifatkan oleh Allah pada dirinya sendiri dan janganlah ditanya bagaimana dan kenapa kerana telah marfu' tetanganya, dan tidaklah aku ketahui tentang dirimu kecuali seorang pelaku bid'ah, maka keluarkanlah dia".[45]
Bertanyakan "Bagaimana Allah bersemayam di atas 'Arasy" dianggap oleh Imam Malik dan Rabi'ah sebagai pertanyaan yang haram dan bid'ah, kerana bertanya tentang apa yang tidak diketahui oleh manusia, dan sesuatu yang tidak diketahui maka tidak mungkin mereka akan memperolehi jawapannya.[46]
Sesungguhnya memperkatakan sifat-sifat Allah adalah sebahagian dari memperkatakan tentang ZatNya, sebagaimana akal tidak berdaya mengetahui tentang zatNya maka begitu jugalah akal tidak mampu mengetahui tentang bagaimananya sifat Allah.[47] Beginilah manhaj yang diikuti oleh para Salaf as-Soleh rahimahumullah (tentang memahami sifat dan zat Allah 'Azza wa-Jalla),mereka meletakkan kesempurnaan akal mengikut tempat dan kadar kemampuannya[48] dan tidak mencabuli ayat-ayat dan sabda NabiNya dengan akal dan hawa nafsunya.
قَالَ التُّرْمِزِيُّ : وَهُوَ عَلَى الْعَرْشِ كَمَا وَصَفَ بِهِ نَفْسهُ فِى كِتَابِهِ كَذَا قَالَ غَيْرُ وَاحَدٍ مِنْ اَهْلِ الْعِلْمِ.
"Berkata Turmizi: Ia bersemayam di atas 'Arasy sebagaimana yang disifatkanNya sendiri di dalam kitabNya. Beginilah perkataan ahli ilmu yang bukan seorang sahaja yang mengatakannya seperti itu".[49]
Allah Di Langit
Dengan penjelasan terperinci ini nyatalah bahawa akidah seluruh golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj atau pemahaman para Salaf as-Soleh, mereka telah sepakat meyakini sebagai keyakinan akidah yang murni bahawa Allah berada di langit yang ketujuh dan bersemayam di atas 'ArasyNya. Begitulah juga yang diterangkan oleh Abdullah bin al-Mubarakrahimahullah semasa beliau ditanya tentang di mana Allah:
وَقِيْلَ لِعَبْدِاللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ : كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا ؟ قَالَ: بِاَنَّهُ فَوْقَ السَّمَآءِ السَّابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ.
"Dan ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita mengetahui Tuhan kita? Kita mengetahuiNya bahawa sesungguhnya Dia di langit yang ke tujuh di atas 'ArasyNya".[50]
Golongan Jahmiyah pula tidak dianggap sebagai golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah dan tergelincir dari manhaj Salaf as-Soleh kerana mereka tidak mempercayai bahawa Allah di langit:
وَقِيْلَ لِيَزِيْدِ بْنِ هَارُوْن : مَنِ الْجَهْمِيَّةُ ؟ فَقَالَ : مَنْ زَعَمَ اَنَّ الرَّحْمَنَ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى عَلَى خِلاَفِ مَا يَقِرُّ فِى قُلُوْبِ الْعَامَةِ فَهُوْ جَهْمِيْ.
"Pernah ditanyakan kepada Yazid bin Harun: Siapa itu Jahmiyah? Maka beliau berkata: Sesiapa yang mempercayai bahawa Ar-Rahman (Allah) bersemayam di 'ArasyNya (tetapi kepercayaannya) tidak sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Islam, maka itulah Jahmiyah".[51]
Golongan Jahmiyah mempercayai bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'alabersemayam di Arasy tetapi mereka tidak percaya bahawa Allah di langit, maka sesiapa yang mempunyai keyakinan seperti ini dia adalah Jahmiyah. Berkata Hamad bin Zaid:
"Jahmiyah ialah mereka yang menyatakan bahawa di langit tidak ada sesuatu (Allah bukan di langit)".[52]
Adapun antara ayat yang sering dipertikaikan dan disalah tafsir oleh golongan ahli bid'ah dan Jahmiyah ialah ayat yang menjelaskan:
قَالَ لاَ تَخَافَا ، اِنَّنِيْ مَعَكُمَآ اَسْمَعُ وَاَرَى.
"Allah berfirman: Janganlah kamu berdua merasa takut, sesungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku Mendengar dan Melihat". Taha, 20:46.
Maksud dari ayat (اِنَّنِيْ مَعَكُمَا) "Sesungguhnya Aku berserta kamu berdua" ialah ilmuNya (sebagaimana yang telah dijelaskan) iaitu ilmu Allah berserta dan meliputi segala-galanya. Allah Maha Mengetahui kerana ilmu pengetahuan Allah berada di mana-mana. Allah berserta kita dengan ilmuNya kerana Dia Mendengar dan Melihat kita.[53] Namun, Allah bersemayam di atas ArasyNya di langit. Dan ayat di atas dapat dijelaskan dengan nas-nas di bawah ini:
اِنَّكُمْ تَدْعُوْنَ سَمِيْعًا قَرِيْبًا وَهُوَ مَعَكُمْ (اَيْ مَعَكُمْ بِعِلْمِهِ).
"Sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar, Yang Hampir Yang sentiasa berserta kamu (iaitu IlmuNya)".[54]
وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا اِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ اِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِى ظُلُمَاتِ اْلاَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ اِلاَّ فِى كِتَابٍ مُّبِيْنَ.
"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak ada sesuatu yang basah dan yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Loh Mahfuz)". Al-An'am, 6:59.
Antara hadith yang menjadi dalil yang kuat yang menunjukkan bahawa Allah di atas 'ArasyNya, 'ArasyNya di langit dan ilmuNya di mana-mana ialah sabad Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:
قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِى : وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ . فَاِذَا بِالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بَشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ اَسَفَ كَمَا يَاْسفُوْنَ . لَكِنِّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا ؟ قَالَ: اِئْتِنِيْ بِهَا. فَقَالَ لَهَا: اَيْنَ اللهُ ؟ قَالَتْ : فِى السَّـمَآءِ . قَالَ: مَنْ اَنَا ؟ قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. قَالَ : اَعْتِقْهَا فَاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.
Berkata Muawiyah bin Hakam As-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaniyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya? Jawab Rasulullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasulullah bertanya lagi: Siapakah aku? Dijawabnya: Engkau Rasulullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah (bebaskanlah) wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah".[55]
Menurut syara dan telah disepakati oleh ulama Salaf as-Soleh, bahawa perbuatan, fahaman (akidah) atau keyakinan mereka yang menyerupakan, mensekufukan, memisalkan, mensetarakan atau mengumpamakan Allah Ta'aladengan makhlukNya adalah batil (kufur), sesat dan boleh membawa kepada perbuatan syirik. Ia nyata bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran, terutamanya ayat yang terdapat di surah asy-Syura "Tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya", 42:11 dan ayat di surah al-Ikhlas "Dan tidak ada seorangpun yang setara/sekufu dengan Dia (Allah)", 112:4
Cara para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj Salaf as-Soleh menetapkan zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah terbina di atas dua perkara:
1- Mereka mensucikan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dari diserupakan dengan segala makhlukNya yang berdasarkan firmanNya:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ.
"Tiada suatu yang semisal denganNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat". Asy-Syura, 42:11.
2- Menjauhkan penyerupaan dengan cara ingin tahu, bertanya atau mempersoalkan "Bagaimana" zat dan sifat-sifat Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang benar-benar Mengetahui akan sifat dan zatNya. Maka larangan ini berdasarkan kepada firmanNya:
وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِهِ عِلْمًا.
"Sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya". Taha, 20:110.
Menurut ayat di atas ini, manusia tidak akan mengetahui yang ghaib jika tidak diberi tahu atau dikhabarkan oleh Allah melalui wahyuNya, atau diceritakan oleh RasulNya melalui penyampaian dan sabdanya. Maka bagaimanakah mereka mampu mengetahui akan hakikat sifat-sifat dan zat Allah yang semuanya itu adalah persoalan yang ghaib. Sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya yang berkaitan dengan segala keghaiban sebagaimana firmanNya:
عَالِمُ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ اَحَدًا اِلاَّ مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُوْلٍ.
"Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya". Al-Jin, 72:26-27.
Ayat di atas menjelaskan bahawa Rasulullah juga tidak mengetahui apa yang berada dan terjadi di alam ghaib, termasuklah yang terdapat di Loh al-Mahfuz serta apa yang ditulis dengan qalam, kecuali setelah dikhabarkan oleh Allah kepada baginda sebagaimana diungkapkan dalam syair al-Bushairi:
فَاِنَّ مِنْ جُوْدِكَ الدُّنْيَا وَضَرَّتُهَا
وَمِنْ عُلُوْمِكَ عِلْمُ اللُّوْحِ وَالْقَلَمِ
"Sesungguhnya kedermawaanMu terhadap dunia dan kemudaratannya # Dan bahagian (termasuk) dari ilmuMu adalah ilmu Loh al-Mahfuz dan ilmu al-Qalam.[56]
Ketidak-tahuan atau kejahilan seseorang tentang keadaan alam ghaib telah dikhabarkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran:
وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا اِلاَّ هُوَ.
"Dan pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri". Al-An'am, 6:59.
قُلْ لاَ يَعْلَمُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ الْغَيْبَ اِلاَّ اللهُ.
"Katakanlah! Tidak ada seseorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah". An-Naml, 27:65.
Semua penjelasan di atas yang diiringi dengan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith yang sahih adalah kata pemutus. Ianya adalah wahyu yang mengkhabarkan bahawa Allah bersemayan di 'ArasyNya yang berada di langit, maka semua dalil-dalil tersebut adalah hujjah untuk menolak alasan mereka yang mengharamkan seseorang dari bertanya "Di mana Allah berada?" atau (اَيْنِيَّة الله) "Di mananya Allah".
Bertanya kepada seseorang "Di mana Allah" untuk memastikan akidahnya adalah sunnah, kerana Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sendiri pernah bertanya kepada seorang hamba perempuan dengan pertanyaan: "Di mana Allah?". Berdasarkan hadith ini, maka siapakah yang lebih berhak diikuti dan wajib dijadikan contoh jika bukan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, baginda tidak pernah mengikut hawa nafsunya apabila memperkatakan atau menjelaskan sesuatu tentang agama Allah. Oleh itu, seseorang yang bertanya "Di mana Allah?" tidak boleh dihukum sesat atau menyalahi sunnah.
Pendapat, pandangan dan kepercayaan ahli bid'ah terutama yang digelar Ahli al-Ahwa (ahli hawa nafsu) wajib ditolak dan ditinggalkan jika ia enggan menjadikan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai ikutan, contoh dan Rasul yang wajib ditaati dalam semua perkara yang berhubung dangan agama, terutama tentang penentuan di mana Allah sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam di mana sebenarnya Allah berada.
Dalam hal ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan yang tegas kepada mereka-mereka yang mengaku beriman tetapi masih enggan mengikuti contoh dan mentaati baginda dalam segala persoalan dan urusan agama, sama ada yang berkaitan dengan persoalan akidah, ibadah atau mu'amalah. Baginda bersabda:
كُلُّ اُمَّتِيْ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ اِلاَّ مَنْ اَبَى قَالُوْا وَمَنْ يَاْبَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : مَنْ اَطَاعَنِى دَخَلَ الْجَنَّةِ وَمَنْ عَصَانِيْ قَقَدْ اَبَى.
"Setiap umatku semuanya akan masuk syurga kecuali sesiapa yang menolak. Mereka bertanya, siapakah yang menolak wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Sesiapa yang mentaati aku dia masuk syurga dan sesiapa bermaksiat (menentangku) maka dia telah menolak".[57]
Firman Allah:
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَاتَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَ تْ مَصِيْرًا.
"Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali".
An-Nisa, 4:115.
Kesimpulannya: Bahawa segala apa yang telah dijelaskan (di atas), adalah berlandaskan al-Quran, as-Sunnah yang sahih dan mengikut panduan para Salaf as-Soleh radiallahu 'anhum, mereka sekalian beriman dengan segala apa yang telah dikhabarkan oleh Allah tentang diriNya di dalam kitabNya, dan beriman dengan segala apa yang telah dijelaskan oleh RasulNya tentangNya. Mereka beriman dengan keimanan yang selamat, iaitu tidak dilakukan pada sifat, zat dan nama-namaNya tahrif, ta'til, takyif dan tamsil.[58]
Dan Imam Ahmad rahimahullah pula berkata:
"Tidak diharuskan mensifatkan Allah kecuali dengan apa yang telah disifatkanNya sendiri oleh diriNya atau dengan apa yang telah disifatkan oleh RasulNya dan tidak pula melampaui batasan al-Quran dan al-Hadith".[59]
Mengingkari Zat, Nama & Sifat Allah Adalah Sesat
Terdapat segolongan (firqah) yang digelar "Mu'attilah" (مُعَطِّلَةٌ) "Yang menolak serta membatalkan sifat dan nama-nama Allah". Mereka (golongan mu’attilah ini) mengingkari dan menafikan sama ada keseluruhan sifat dan nama Allah atau sebahagian darinya. Maka telah disepakati oleh jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa golongan ini adalah golongan yang sesat dan terkeluar dari millah Islamiyah. Begitu juga sesiapa yangmengingkari atau menafikan adanya sifat-sifat serta nama-nama Allah yang husna maka dia dihukum telah kufur atau zindik menurut hukum syara.
Firqah Mu'attilah dan mereka yang sefahaman dengan firqah ini berpendapat dan menuduh sesiapa yang percaya bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersifat (mempunyai sifat) dan mempunyai nama, maka kepercayaan tersebut (menurut mereka) akan membawa kepada persamaan (menyamakan dan menserupakan) Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan makhlukNya. Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla telah membantah pendapat atau keyakinan golongan Mu’attilah yang batil ini sebagaimana yang terdapat di dalam firmanNya:
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
"Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai kePerkasaan dari apa yang mereka (sifatkan) katakan". As-Safat, 37:180.
Sesiapa yang menolak atau menafikan adanya nama-nama serta sifat Allah, maka sekali lagi perlu ditegaskan bahawa penafian dalam hal serupa ini adalah batil dan membawa kepada kekufuran. Kerana pada hakikatnya Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menetapkan sendiri nama-nama, sifat dan zatNya di dalam al-Quran. Tiada siapa yang boleh menafikannya. Oleh itu ia wajib diimani oleh setiap muslim dan muslimah sehingga tidak boleh dipersoalkan lagi.
Para ulama Ahli sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh membantah dan menolak sekeras-kerasnya pendapat yang mungkar ini (pendapat yang membatalkan sifat, zat dan nama-nama Allah). Antara mereka yang membantah sekeras-sekerasnya ialah Imam Abu Hanifah rahimahullah. Beliau telah mengithbatkan (menetapkan) dan menjelaskan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah Azza wa-Jalla:
وَلَهُ يَدٌ وَوَجْهٌ وَنَفْسٌ كَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ فَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقَرْآنِ مِنْ ذِكْرِ الْوَجْهِ وَالْيَدِ وَالنَّفْسِ فَهُوَ لَهُ صِفَاتٌ بِلاَ كَيْف وَلاَ يُقَالُ اِنَّ يَدَهُ قُدْرَتَهُ اَوْ نِعْمَتَهُ لاَنَّ فِيْهِ اِبْطَالُ الصِّفَة.
"BagiNya tangan, muka dan nafs sebagimana yang diterangkan di dalam al-Quran, maka apa yang diterangkan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran seperti menyebut muka, tangan dan nafs, maka bagiNya sifat tanpa ditanya bagaimana? Dan tidak boleh dikatakan bahawa tanganNya ialah kudrat (kuasa)Nya atau nikmatnya kerana perbuatan tersebut membatalkan sifat (Allah)".[60]
Persamaan pada nama (nama Allah) dengan nama makhlukNya tidaklah semestinya menunjukkan adanya persamaan di antara Allah dengan makhlukNya, sama ada pada zat atau pada sifat. Sebagai contoh, walaupun tangan manusia dan haiwan adalah sama pada istilah nama, namun ia tetap berlainan pada rupa, bentuk dan kebolehan tangan tersebut berfungsi.
Begitulah juga dengan tangan Allah Azza wa-Jalla dan semua sifat-sifatNya yang amat sempurna, ia tidak akan sama atau menyerupai tangan dan sifat sekalian makhlukNya kerana telah ditegaskan melalui firmannya tentang ketidak samaannya nama, zat dan sifat Allah :
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
"Tiada suatu pun yang serupa denganNya". Asy-Syura, 42:11".
Peyerupaan Yang Menyesatkan
Sememangnya tidak dapat dinafikan terdapatnya di kalangan masyarakat Islam beberapa golongan yang sesat lantaran menyerupakan zat atau sifat Allah dengan zat dan sifat makhlukNya. Antara golongan ini ialah mereka yang dikenali sebagai firqah "Musyabbihah" .(مُشَبِّهَةٌ) Maksud dari kalimah musyabbihah ialah:
"Yang menyerupakan (sifat dan zat) Allah dengan (sifat dan zat) makhlukNya".
Antara firqah (kumpulan/golongan) terbesar yang termasuk dan terjebak ke dalam golongan ini ialah para syeikh (pemimpin) tarikat kebatinan dan kesufian/tasawuf serta para pengikutnya. Mereka dianggap sesat kerana perbuatan mereka yang mudah dan suka mentakwil[61] mentamsil,[62] mentakyif dan menta'til nama-nama, sifat dan zat Allah. Lantaran yang demikian, akhirnya mereka sama ada menafikan zat dan sifat-sifat Allah atau menyamakan sifat Allah dengan sifat-sifat dan zat makhlukNya.
Untuk mengelakkan dari terperangkap ke dalam firqah yang sesat, sewajarnya setiap mukmin sentiasa belajar dan melengkapkan diri mereka dengan perisai ilmu yang dipelajari dari para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.
[1]. Lihat: الرسالة السلفية فى احياء سنة البرية Hlm. 129. Muhammad bin Ali As-Syaukani.
[2]. H/R Bukhari.
[3]. Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمينHlm. 80. Redza bin Nu'san Mu'ti.
[4]. Ibid.
[5]. Lihat: الشريعة Hlm. 298. al-Ajari. Ditahkik oleh Hamid.
[6]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir, jld. 4. hlm. 322.
[7]. Ibid.
[8]. Lihat: القواعد الْمُثْلَى فى صفات الله واسمائه الحسنى Hlm. 58. Uthaimin.
[9]. H/R Bukhari فى خلق افعال العباد. Lihat: الشرعة hlm 298. Al-Ajiri. الابانة الكبرى Jld. 1. Hlm. 194.
[10]. Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm.81. Ridza bin Nu'san
Mu'ti.
[11]. Lihat: تفسير الطبري jld. 27. hlm. 125.
[12]. Ibid. Jld. 2. hlm. 186.
[13]. Surah Hud, 11:5.
[14]. Surah Ar Ra'd, 13:10.
[15]. Lihat: تفسير ابن كثير. Jld. 4. Hlm. 304.
[16]. Lihat: البحر المحيط Jld. 9. Hlm. 217. Dan تفسير القرطبى Jld. 18. Hlm. 137.
[17]. Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمينhlm. 82. Ridza bin Nu'san Mu'ti.
[18]. Ibid. Hlm. 82-83.
[19]. Ibid.
[20]. Lihat: محاسن التأويل. Hlm. 5674. Al-Qasimi.
[21]. Lihat: عَلاَقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين. Hlm. 83-84.
[22]. Lihat: الشرعية. Hlm. 298.
[23]. Lihat: علاقات الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين
[24]. H/R Abu Daud. No. 2892. Ahmad 6/21. (Hadith hasan).
[25]. H/R Abu Daud, Abdullah bin Ahmad, Tabrani dan Baihaqi (Hadith
hasan, sanadnya sahih)
[26]. H/R Bukhari No. 4351.
[27]. H/R Bukhari dan Muslim.
[28]. Lihat: القواعد الْمُثْلَى فى صفات الله واسكائه الحسنى Hlm. 58. Uthaimin.
[29]. Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm. 32. Redza bin Nu'san
Mukti. Dikeluarkan juga oleh al-Lalakaii dalam شرح اصول السنة
[30]. Al-Akidah al-Wasitiyah. Ibn Taimiyah. Syarah Soleh Fauzan al-
Fauzan. Hlm. 14.
[31]. H/R Bukhari dan Ibnu Majah. Hadith ini disahihkan oleh al-Albani.
[32]. H/R al-Hakim, ad-Darimi dan az-Zahabi (disahihkan oleh al-
Albani).
[33]. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, ad-Darimi dan Ibn Majah
(Disahihkan oleh al-Albani).
[34]. H/R Ahmad. 3/4. Bukhari. No. 4351. Muslim, bab az-Zakah. 144.
Ahmad, Abu Daud, an-Nasaii dan Baihaqi.
[35]. H/R Abu Daud. 4941, hadith hasan sahih. H/R al-Baihaqi dalam
"Asma wa as-Sifat" hlm. 300.
[36]. H/R Muslim, bab an-Nikah. 121.
[37]. H/R Ahmad dan Turmizi. (Hadith sahih).
[38]. H/R Al-Baihaqi dalam "Al-Asma wa-sifat" hlm. 300.
[39]. H/R Bukhari No. 7420. Baihaqi "Al-Asma wa-sifat". Hlm. 296.
[40]. H/R Bukhari No. 7421.
[41]. Dikeluarkan oleh al-Baihiqi di dalam sanadnya.
Lihat: اجتماع الجيوش الاسلاميةhlm. 39. Ibn Qaiyim.
[42]. H/R Bukhari, 7554. Muslim, bab at-Taubah, 14.
[43]. Lihat: اعتقاد ائمة الحديث Hlm. 50-51. Ismaili.
[44]. Lihat: فتح البارى. Jld. 13. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani.
[45]. Ibid. Hlm. 407.
[46]. الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة Hlm. 92. Sa'udin Mohammad
Al-Kasbi.
[47]. Ibid.
[48]. Ibid.
[49]. Lihat: عون المعبود. Jld. 13. Hlm. 42.
[50]. Lihat: السنة hlm. 5. Abdullah bin al-Imam Ahmad.
[51]. Lihat: الابانة الكبرى(ق195/1) Ibn Battah.
[52]. Lihat: ابانة الكبرى Ibn Battah (ق917/1).
Lihat: الرد على الجهمية Ibn Abi Hatim.
Lihat: السنةhlm. 12. Abdullah bin Ahmad.
[53]. Lihat: العقيدة الاسلامية من الكتاب والسنة الصحيحةhlm. 18.
[54]. H/R Muslim.
[55]. H/R. Muslim dan Abi Daud.
[56]. Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.
[57]. H/R Bukhari no. 782.
[58]. Lihat: شرح العقيدة الوسطية hlm. 21. Ibn Taimiyah.
[59]. Ibid.
[60]. Lihat: مَنْهَج اهل السنة والجماعة فى توحيد الله تعالى Jld. 1. Hlm. 42. Khalid
bin Abdul Latif bin Muhammad Nor.
[61]. Namun, tidak semua takwil dianggap batil (fasid), kerana menurut Ibn Qaiyim al-Jauzi: Takwil yang diterima ialah takwil makna yang sebenar dari segi zahir ayat. Termasuklah takwil umum yang dianggap ayat yang muhkamah dan ayat mutasyabihat, perintah dan tegahan. Maka takwil yang diterima ialah yang sesuai dengan apa yang digambarkan oleh nas dan dikuatkan oleh as-Sunnah yang menyokongnya. Lihat: (الصواعق المرسلة) Juz 1. Hlm. 171.
[62]. Qias menurut bahasa "Tamsil" iaitu memisalkan/menyerupakan. Mengqias atau mentamsil sifat atau zat Allah dengan sifat atau zat makhluk haram hukumnya, Allah berfirman: فَلاَ تَضْرِبُوْا للهِ اْلاَمْثَالَ "Maka janganlah kamu mengadakan misal-misal/penyerupaan bagi Allah". An-Nahl, 16:74.
Post a Comment